Cili, lada atau cabai mahupun apa sekalipun sebutannya rasanya memang pedas. Nama saintiik bagi cili adalah Capsicum annum var. acuminatum L. Menurut sejarah tanaman cili ini berasal dari daerah Amerika Selatan, bermula di Bolivia dan sudah ada sejak tahun 7000 Sebelum Masihi. Pada ketika itu, pohon cili tumbuh liar di hutan-hutan. Haiwan khususnya mergastua (burung) merupakan ejen penyebaran anak benih cili ke Amerika Selatan dan Amerika Tengah termasuk Mexico.
Kemudian, tanaman cili telah dibawa ke negara-negara Eropah dan Asia, termasuk Malaysia. Orang yang paling berjasa dalam penyebaran tanaman cili sehingga ke seluruh dunia adalah Christopher Columbus. Di Malaysia, ramai yang berpendapat tanaman cili ini berasal dari Barat-Daya India. Usaha penanamannya telah bermula sejak tahun 1856 tetapi penanaman secara meluas bermula pada tahun 1900-an di Sarawak.
(a) Penyediaan Tanah Tanaman Cili
Proses ini dimulakan dengan pembersihan tanah dari tumbuh-tumbuhan lain yang mungkin akan menyebabkan penyakit yang ada sebelum ini berjangkit kepada tanaman cili yang akan ditanam. Seterusnya, pembajakan dilakukan dan diikuti oleh proses penggemburan tanah. Tujuannya adalah untuk membersihkan tanah dari sisa tumbuhan parasit seperti rumput dan lalang.
Di Malaysia, penanaman cili umumnya dilakukan di kawasan kering dan kawasan bekas sawah padi. Cangkul akan digunakan untuk menggemburkan tanah yang kering. Pembajakan boleh dilakukan menggunakan mesin bajah atau traktor sekiranya kawasan penanamannya luas. Setelah pembajakan dilakukan, tanah dibiarkan terdedah kepada udara selama 15 hari supaya gas-gas beracun yang ada pada tanah akan hilang dan digantikan dengan oksigen.
Kemudian, batas dibuat dengan lebar 100-120cm dan tinggi 30-40 cm. Jarak antara batas ialah 30-40 cm. Lebar batas mampu untuk ditanam dua baris penanaman cili. Penanaman cili sebaiknya dilakukan pada musim hujan dan di tanah yang mempunyai struktur tanah yang bercampur dengan pasir. Pada musim kemarau, penanaman cili digalakkan dibuat dua baris supaya kelembapan tanah tetap terjaga. Penanaman di kawasan sawah menggunakan batas yang lebarnya 100-120 cm dan dibuat saliran air selebar 40-50 cm di antara batas.
Kapur jenis Kaptan atau Dolomit perlu ditaburkan pada tanah yang memiliki pH kurang dari 5.5 pada empat atau lime minggu sebelum penanaman dilakukan. Untuk keadaan tanah yang stabil, biasanya hanya memerlukan 1.0-1.5 tan per hektar kapur untuk meneutralkan tanah yang beralkali.
No comments:
Post a Comment