Sunday, 17 June 2012

Tanaman Cili : Teknik Penanaman

TEKNIK PENANAMAN

·         Menentukan Waktu Penanaman
-      Fasa pertumbuhan tanaman cili yang akan ditanam perlu diteliti. Waktu yang paling sesuai menanam cili ialah pada musim panas atau kering yang mana air dalam tanah sudah tersedia dalam keadaan yang mencukupi.
-      Waktu yang paling tepat ialah penanaman dilakukan ketika musim hujan mula berakhir. Penanaman cili di kawasan sawah sebaiknya dilakukan pada akhir musim hujan.


·         Kaedah Penanaman
-      Lubang tanaman dibuat 1-2 hari sebelum anak pokok ditanam dengan diameter sekitar 10 cm. Pemindahan anak pokok dari polibeg ke kawasan penanaman dilakukan dengan mempertimbangkan tahap kematian anak pokok apabila  sudah berada di kawasan penanaman.
-      Bagi mengelakkan akar anak pokok tidak rosak, polibeg harus dibuka dengan berhati-hati. Anak pokok yang sudah dikeluarkan akan ditanam di dalam batas yang ditutup dengan plastik yang berlubang.
-      Minggu pertama selepas penanaman merupakan tahap percubaan untuk anak pokok menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Penyiraman dilakukan untuk mengekalkan kelembapan tanah.
-      Anak pokok yang dimasukkan ke dalam lubang tanaman harus ditimbun kembali dengan tanah yang telah dicangkul secara rapat sehingga tidak ada rongga udara yang akan menyebabkan kepanasan kepada akar anak pokok.

Wednesday, 16 May 2012

Tanaman Cili : Penyakit dan Penyebab

PENYAKIT DAN PENYEBAB BAGI TANAMAN CILI






























    Bintik daun (Cercospora capsici)
    Daun yang diserang akan mempunyai kecederaan (lesion) berbentuk
    bulat atau bintik-bintik kecil yang berwarna perang. Apabila
    kecederaan atau bintik-binitk ini menjadi besar, bahagian tengahnya
    akan bertukar menjadi kelabu dan kemudian berlubang. Daun-daun
    yang diserang kemudian akan gugur.

    Masalah ini boleh dielakkan dengan memastikan pokok tumbuh
    dengan subur melalui amalan pengurusan yang baik termasuklah
    kebersihan ladang. Semburan kimia mungkin diperlukan terutamanya
    bila penyakit ini merebak.
     

    Penyelesaian :  
    Bintik-bintik kecil bulat perang pada daun.  Amalkan tanaman giliran.  Sembur dengan racun kulat seperti chlorothalonil, mancozeb.  Rawat biji benih dengan racun kulat.   




























    Hawar pucuk (Choanephora cucubitarum)
    Pucuk menjadi layu dan berwarna hitam, terdapat spora-spora hitam pada pucuk.  Rawat biji benih dengan racun kulat.
     


























    Reput pangkal (Sclerotium roolfsii)
    Pangkal pokok dan akar menjadi hitam dan reput.   Rawat biji benih dengan racun kulat.





      
















     

     Layu bakteria ( Ralstonia solanacearum)
    Daun berwarna kuning, layu dan akhirnya mati.  Jika akar atau batang dipotong atau direndam dalam air akan mengeluarkan cecair jaluran putih.  Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit dan amalkan tanaman giliran.  Perlu saliran yang baik.
     





     











    Antraknos Buah
    Sembur racun kulat seperti Mancozeb

    Tanaman Cili : Penyediaan Tanah



          Cili, lada atau cabai mahupun apa sekalipun sebutannya rasanya memang pedas. Nama saintiik bagi cili adalah Capsicum annum var. acuminatum L. Menurut sejarah tanaman cili ini berasal dari daerah Amerika Selatan, bermula di Bolivia dan sudah ada sejak tahun 7000 Sebelum Masihi. Pada ketika itu, pohon cili tumbuh liar di hutan-hutan. Haiwan khususnya mergastua (burung) merupakan ejen penyebaran anak benih cili ke Amerika Selatan dan Amerika Tengah termasuk Mexico. 

        Kemudian, tanaman cili telah dibawa ke negara-negara Eropah dan Asia, termasuk Malaysia. Orang yang paling berjasa dalam penyebaran tanaman cili sehingga ke seluruh dunia adalah Christopher Columbus. Di Malaysia, ramai yang berpendapat tanaman cili ini berasal dari Barat-Daya India. Usaha penanamannya telah bermula sejak tahun 1856 tetapi penanaman secara meluas bermula pada tahun 1900-an di Sarawak.

    (a)  Penyediaan Tanah Tanaman Cili

               Proses ini dimulakan dengan pembersihan tanah dari tumbuh-tumbuhan lain yang mungkin akan menyebabkan penyakit yang ada sebelum ini berjangkit kepada tanaman cili yang akan ditanam. Seterusnya, pembajakan dilakukan dan diikuti oleh proses penggemburan tanah. Tujuannya adalah untuk membersihkan tanah dari sisa tumbuhan parasit seperti rumput dan lalang.
               Di Malaysia, penanaman cili umumnya dilakukan di kawasan kering dan kawasan bekas sawah padi. Cangkul akan digunakan untuk menggemburkan tanah yang kering. Pembajakan boleh dilakukan menggunakan mesin bajah atau traktor sekiranya kawasan penanamannya luas. Setelah pembajakan dilakukan, tanah dibiarkan terdedah kepada udara selama 15 hari supaya gas-gas beracun yang ada pada tanah akan hilang dan digantikan dengan oksigen.
               Kemudian, batas dibuat dengan lebar 100-120cm dan tinggi 30-40 cm. Jarak antara batas ialah 30-40 cm. Lebar batas mampu untuk ditanam dua baris penanaman cili. Penanaman cili sebaiknya dilakukan pada musim hujan dan di tanah yang mempunyai struktur tanah yang bercampur dengan pasir. Pada musim kemarau, penanaman cili digalakkan dibuat dua baris supaya kelembapan tanah tetap terjaga. Penanaman di kawasan sawah menggunakan batas yang lebarnya 100-120 cm dan dibuat saliran air selebar 40-50 cm di antara batas.

             Kapur jenis Kaptan atau Dolomit perlu ditaburkan pada tanah yang memiliki pH kurang dari 5.5 pada empat atau lime minggu sebelum penanaman dilakukan. Untuk keadaan tanah yang stabil, biasanya hanya memerlukan 1.0-1.5 tan per hektar kapur untuk meneutralkan tanah yang beralkali.

    Selamat Hari Guru..


    SELAMAT HARI GURU!!

    Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia. Dedikasi khas ini turut ditujukan kepada bekas guru-guru saya di Sek. Ren. Guntong dan SMK. Guntong, Setiu. Semoga ilmu yang diberikan dihalalkan dan dapat dimanfaatkan sepanjang hayat. Terima kasih cikgu! Jasamu dikenang..

    Guava @ Jambu Batu

    Guava, jambu batu mahupun apa juga nama gelaran merupakan sejenis buah yang dikenali oleh semua lapisan rakyat di Malaysia. Nama saintifiknya ialah Psidium guavaja L., berasal dari kawasan Tropika Amerika. Buah ini amat terkenal dalam kalangan orang Aztec dengan panggilan " xalxocolt" yang bermaksud "sand plum" yang merujuk kepada tekstur isinya yang berpasir. Antara pengeluar utama buah ini adalah India, Brazil dan Mexico.

    Nilai komersial amatlah tinggi disebabkan khasiatnya yang banyak, senang ditanam dan kesesuaiannya diproses dan ditinkan. Buah ini juga sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut setalah dipotong dan disejukkan.

    Khasiat buah jambu batu


    i. kaya dengan  sumber vitamin C (asid askorbik)
       Fakta Menarik!!
       - mengatakan kultivar jambu batu iaitu "Donrom" tanpa biji, mempunyai kandungan vitamin C
         100-300 I.U bersamaan jumlah kandungan dalam 27 biji epal.
    ii. mengandungi vitamin A yang sederhana
    iii. kaya dengan vitamin B1, B2, fiber dan lain-lain

    Dari Meja Pengarang..


    Assalamualaikum..


    Terima kasih kepada para pembaca yang sudi singgah sejenak ke blog ini. Blog ini dihasilkan sebagai platform perkongsian ilmu mengenai bidang pertanian daripada seorang bakal guru kepada para pembaca. Segala kekurangan amatlah dikesali. Sebarang cadangan mahupun komen membina amatlah diharapkan.


    Terima kasih.