· Menentukan Waktu Penanaman
- Fasa pertumbuhan tanaman cili yang akan ditanam perlu diteliti. Waktu yang paling sesuai menanam cili ialah pada musim panas atau kering yang mana air dalam tanah sudah tersedia dalam keadaan yang mencukupi.
- Waktu yang paling tepat ialah penanaman dilakukan ketika musim hujan mula berakhir. Penanaman cili di kawasan sawah sebaiknya dilakukan pada akhir musim hujan.
· Kaedah Penanaman
- Lubang tanaman dibuat 1-2 hari sebelum anak pokok ditanam dengan diameter sekitar 10 cm. Pemindahan anak pokok dari polibeg ke kawasan penanaman dilakukan dengan mempertimbangkan tahap kematian anak pokok apabila sudah berada di kawasan penanaman.
- Bagi mengelakkan akar anak pokok tidak rosak, polibeg harus dibuka dengan berhati-hati. Anak pokok yang sudah dikeluarkan akan ditanam di dalam batas yang ditutup dengan plastik yang berlubang.
- Minggu pertama selepas penanaman merupakan tahap percubaan untuk anak pokok menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Penyiraman dilakukan untuk mengekalkan kelembapan tanah.
- Anak pokok yang dimasukkan ke dalam lubang tanaman harus ditimbun kembali dengan tanah yang telah dicangkul secara rapat sehingga tidak ada rongga udara yang akan menyebabkan kepanasan kepada akar anak pokok.